Papan Iklan

Sabtu, 29 September 2012

Sistem Elektrikal Kapal/Marin

MARINE DIESEL GENERATOR
Sistem elektrik kapal tidak banyak berbeza dengan sistem elektrikal darat. Standard 3 phase yg selalu digunakan 500V, 480V, 440V, 415V dan 380V 50/60Hz untuk single phase pula 240V, 220V dan 110V 50/60Hz. Terdapat juga DC Network 48V, 24V dan 12V. 

Kebanyakan kapal mengunakan sistem 3 phase 3 wire bermakna tiada neutral ianya juga dikenali sebagai sistem "insulated electrical system". Requirement/keperluan untuk semua kapal tanker diwajibkan menggunakan sistem 3P3W untuk mengurangkan risiko kebocoran arus earth fault ke kawasan yang mudah terbakar. Namun kapal yang menggunakan sistem 3.3kv dikecualikan dengan syarat alternator mesti dibumi dengan NER(Neutral Earth Resistor).

Kelebihan insulated sistem ni jika terjadi single earth fault breaker/fius  tak akan "tripped" tapi akan beri alarm low insulation biasanya di panel main switch board. Berbanding dengan 3 phase 4 wire, jika berlaku single earth fault breaker/fius akan "tripped" dan jika ini berlaku pada peralatan yang penting seperti stering gear sudah tentu kapal akan hilang kawalan.

To be continue...


3 PHASE 3 WIRE 

3 PHASE 4 WIRE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan