Papan Iklan

Sabtu, 20 Oktober 2012

Free Engineering E book for Download


Salam dan selamat sejahtera semua, minggu saya agak sibuk dengan urusan kerja nak ambil cuti renew passport pon tak sempat. Kali ni saya nak share koleksi ebook saya dengan pembaca semua, semua ebook nie free dan boleh di download di akaun 4share saya.

Ini cuma sebahagian sahaja dari koleksi saya, in future saya akan upload banyak lagi ebook/manual. Jika anda ada memiliki sebarang manual atau ebook technical yang bagus apa kata anda share kan ebook anda tue disini, sharing is caring... 

stay tune...

Mari download...



Isnin, 15 Oktober 2012

Marine Alternator



Ok kali ni saya nak tulis mengenai marine alternator, alternator jarang bermasalah jika working temperature ia ok. So berapa temperature yang sesuai ? ia bergantung pada class alternator tue sendiri, class H, class F dah banyak lagi....

Baru-baru ni ada sahabat saya mempunyai masalah dengan alternator, alternator output tidak stabil semasa No Load dan apabila On Load voltage drop. Disini saya senaraikan beberapa kemungkinan kenapa benda ni terjadi...

  1. Main winding (litar pintas antara phase).
  2. Winding low insulation.
  3. Aux winding (no voltage/loose connection)
  4. prime mover speed tidak stabil (speed hunting).
  5. AVR setting (stability setting).
  6. AVR defective.
  7. Volt meter defective.


to be continue...

Sabtu, 29 September 2012

Sistem Elektrikal Kapal/Marin

MARINE DIESEL GENERATOR
Sistem elektrik kapal tidak banyak berbeza dengan sistem elektrikal darat. Standard 3 phase yg selalu digunakan 500V, 480V, 440V, 415V dan 380V 50/60Hz untuk single phase pula 240V, 220V dan 110V 50/60Hz. Terdapat juga DC Network 48V, 24V dan 12V. 

Kebanyakan kapal mengunakan sistem 3 phase 3 wire bermakna tiada neutral ianya juga dikenali sebagai sistem "insulated electrical system". Requirement/keperluan untuk semua kapal tanker diwajibkan menggunakan sistem 3P3W untuk mengurangkan risiko kebocoran arus earth fault ke kawasan yang mudah terbakar. Namun kapal yang menggunakan sistem 3.3kv dikecualikan dengan syarat alternator mesti dibumi dengan NER(Neutral Earth Resistor).

Kelebihan insulated sistem ni jika terjadi single earth fault breaker/fius  tak akan "tripped" tapi akan beri alarm low insulation biasanya di panel main switch board. Berbanding dengan 3 phase 4 wire, jika berlaku single earth fault breaker/fius akan "tripped" dan jika ini berlaku pada peralatan yang penting seperti stering gear sudah tentu kapal akan hilang kawalan.

To be continue...


3 PHASE 3 WIRE 

3 PHASE 4 WIRE

Rabu, 26 September 2012

Episod Pengenalan

Salam perkenalan semua, laman blog ini diwujudkan dgn tujuan untuk berkongsi ilmu dan pengalaman saya sebagai jurutera elektrikal marin.  Nama saya shahrizal shahdan berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang elektrikal marin.

Untuk next post saya akan tulis tentang sistem elektrik marin dan perbezaan dengan sistem elektrikal darat, nantikan post menarik dari saya nanti....